Marco Polo (1254-1324 M)
Marco Polo merupakan seorang pengembara dan pedagang yang berasal dari Venice
Ketika berusia 17 tahun, beliau telah mengikut bapanya Niccolo Polo dan bapa saudaranya Maffeo Polo ke China. Dalam pengembaraan ke China, mereka mengembara melalui Parsi ke Hormuz dan seterusnya menuju ke Utara, iaitu ke Kerman, ke Balkh, ke Pamir dcan akhirnya menuju ke kawasan gurun Kashgar.
Mereka turut meneruskan pelajaran ke negara China. dan memakan masa selama 3 tahun.
Semasa di China, Marco Polo berpeluang melihat kemajuan peradaban bangsa negara Cina dari segi penggunaan wang kertas, percetakan blok, asbestos, pembangunan bandar bandar besar dan peleburan arang batu.
Selama hampir beberapa tahun Polo berada di China, Khublai Khan telah melantik beliau sebagai duta ke kawasan-kawasan jauh seperti Shansi, Shensi, Szechuan, Yunan, sempadan Tibet dan utara Burma.
Setelah 20 tahun merantau di China, Marco Polo kembali ke tanah air bersama 600 pengiring dan 14 buah kapal.
Dalam perjalanan pulang, Marco Polo tinggal selama lima bulan di Sumatera dan kemudian di Ceylon, Koromandel, Gujerat, Hormuz dan Parsi.
Peta 1.0: Kawasan persinggahan Marco Polo sepanjang pelayarannya di China
Dari Parsi beliau menuju ke Venice melalui Tabriz, Trebizond dan Constantinople. Sekembalinya dari sana, beliau menulis catatan pengalamannya dalam buku berjudul The Book Of Marco Polo.
Buku ini ditulis ketika beliau berada dalam tahanan di Genoa. Buku ini mengandungi maklumat mengenai keajaiban Timur serta meraptkan lagi hubungan dunia Timur dan Barat.
Malahan, maklumat dalam buku ini juga telah mendorong Christopher Colombus mencari jalan laut ke negara China. Bahkan juga sumbangan Marco Polo turut menarik lebih ramai mubaligh Kristian seperti Friar Orderik dan John dari Monte Corvino untuk berhijrah ke China.


No comments:
Post a Comment