Ferdinand Magellan (1480-1521 M)
Ferdinand Magellan ialah seorang pelaut, ahli geografi dan pengembara yang berasal dari Portugal. Beliau terkenal sebagai orang yang pertama mengelilingi dunia.
Beliau memperoleh kemahiran belayar ketika berkhidmat dengan wizurai portugis di India selama 7 tahun. Beliau turut memiliki kemahiran belayar di Kepulauan Melayu, Laut China Selatan dan pernah mengetuai ekspedisi ke Maluku di Kepulauan Rempah.
Beliau memulakan perjalanan pada September 1519 M dengan lima buah kapal iaitu Trinidad, San Antonio, Conception, Victoria dan Santiago serta disertai 280 anak kapal.
Pelayaran Magellan mengalami pelbagai masalah seperti ancaman bunuh oleh orang luar serta kekurangan bekalan makanan malahan salah satu kapal turut mengalamai kerosakan.
Pada 21 Oktober 1520 M, Magellan berjaya menemui Cape Virgins. Namun begitu, sebuah lagi kapal mengalami kerosakan.
Ferdinand Magellan tetap berkeras meneruskan pelayaran meskipun ditentang anak-anak kapal. Ketika itu mereka menghadapi kekurangan bekalan makanan sehingga terpaksa makan habuk kayu dan tikus.
Setelah menghadapi pelbagai rintangan, mereka telah berjaya tiba di Kepulauan Aldrone. 10 hari kemudian, mereka berjaya mendarat di Filipina.
Magellan terbunuh dalam satu perkelahian dengan penduduk tempatan ketika menjalankan ekspedisi di sebuah pulau kecil bernama Mactan. Penduduk tempatan turut membunuh beberapa orang pegawai kanan Ferdinand.
Gambaran pembunuhan Magellan dan pegawai kanannya oleh penduduk di Pulau Mactan
Anak-anak kapal bersepakat meneruskan perjalanan ke Maluku dan Borneo Utara dengan dua buah kapal. Di Maluku, kapal ke empat mereka iaitu Trinidad mengalami kerosakan.
Akhirnya pada 1522 M, kapal Victoria di bawah pimpinan Sebastian Del Cano tiba di Sepanyol.
Kapal Victoria yang satu-satunya berjaya mendarat di Sepanyol.
Kapal Victoria merupakan kapal pertama yang berjaya mengelilingi dunia. Pelayaran mengelilingi dunia tersebut telah memakan masa selama 3 tahun.



No comments:
Post a Comment