Saturday, March 31, 2012

TOKOH TOKOH PELAYARAN MESIR

Permaisuri Hatsepshut (1503-1480 SM)

Hatshepsut adalah firaun kelima dari Dinasti ke-18 di Mesir Purba. Para Egiptologi umumnya menganggap baginda sebagai salah seorang firaun perempuan yang paling berjaya di Mesir, yang memerintah lebih lama daripada pemerintah perempuan manapun dalam sesebuah dinasti asal. Baginda menaiki takhta sebagai "Raja Mesir Hulu dan Hilir".

Beliau membina semula rangkaian perniagaan yang telah terganggu selepas pendudukan Hyksos Mesir selama Tempoh Kedua, serta membina kekayaan daripada Dinasti Kelapan Belas yang begitu terkenal sejak penemuan pengebumian salah satu keturunannya, Tutankhamun.

Hatshepsut adalah salah satu pembangun yang paling produktif di Mesir kuno, mengetuai ratusan projek-projek pembinaan di seluruh kedua Hulu dan Hilir Mesir dan lebih banyak daripada orang-orang dari setiap daripada Kerajaan Tengah pendahulunya. 

Hatshepsut berjaya mengetuai kempen ketenteraan di Nubian, Levant, dan Syria awal kerjayanya.

Beliau telah menghantar satu ekspedisi ke katarak Pertama sejauh 500 batu untuk mendapatkan 350 tan btu bagi membina berhala dan tugu peringatan.

Pada 1493 SM, baginda menghantar lima buah kapal ke Punt. Ekspedisi ini membabitkan pengembaraan sejauh 250 km melalui sungai Nil dan sejauh 2500 km ke arah laut Arab.

Melalui ekspedisi-ekspedisi ini, barangan berharga seperti damar, dupa, ebony, gading gajah dan kayu-kayan berjaya diperoleh.

Hannu (Sekitar 1750 SM)

Hannu mengetuai ekspedisi yang dihantar oleh firaun Mesir sekitar tahun 1750 SM.

Beliau diiringi oleh pasukan tentera seramai 3000 orang untuk mempertahankan konvoi daripada serangan musuh.

Ekspedisi tersebut bermula dari Coptos dan melalui kawasan gurun ke Seba yang terletak berhampiran Laut Merah.

Setelah sampai di Seba, Hannu membina kapal besar untuk belayar ke Punt (terletak di Somalia) untuk membeli barang dagangan.

Harkhuf (Sekitar 2300 M)

Harkhuf ialah seorang pelayar Mesir yang hidup sekitar tahun 2300 SM

Sesetengah sejarawan mengaggap Harkhuf sebagai the first known explorer

Beliau mengetuai beberapa ekspidisi ke Yam yang terletak di selatan Nubia untuk mecari jalan perdagangan ke Yam.

harkhuf membawa balik barangan berharga seperti kapur barus, ebony, heknu, bijirin, gading gajah dan 300 keldai.

TOKOH TOKOH PELAYARAN CHINA


Fa-Hsien (319-414 M)

Fa Hsien merupakan tokoh pertama yang memulakan pengembaraan bersejarah dengan mengembara dari China ke India bermula 399 M hingga 414 M

Tujuan pengembaraan ini adalah untuk mengetahui tradisi agama Buddha di India dan mengumpulkn manuskrip-manuskrip agama buddha untuk dibawa ke China.

Setelah tiba di Nanking, beliau menulis catatan pengalamannya dalam buku berjudul Fo-Hui-Ki (the Memoirs of the Buddha Dominions)

Dalam perjalanan pulang ke Negara China, beliau melawat Tibet, Ceylon dan Sumatera.

Beliau turut membawa balik banyak manuskrip Buddha dan menghabiskan masa dengan menterjemahkan manuskrip-manuskrip tersebut.

Cheng Ho (1371-1431 M)

Laksamana Cheng Ho ialah tokoh pelayaran China yang terkenal pada zaman Yung Lo.

Cheng Ho merupakan seorang pengembara China berbangsa Islam berasal dari Yunan dan pernah bekerja sebagai seorang pembantu kepada putera Raja China.

Datuk dan bapa Cheng Ho pernah belayar ke Makkah untuk menunaikan Haji.

Setelah mencapai kedudukan yang tinggi dalam istana, beliau dipilih untuk merancang dan membangunkan hubungan perdagangan antara negara China dengan Barat melaui jalan laut.

Pengembaraan pertama bermula pada tahun 1405 M dan pelayaran ini dilakukan secara besar-besaran.

Pada 1414 M,  beliau mengetuai ekspedisi pelayaran bersaa 63 buah kapal perdagangan. Ekspedisi tersebut melibatkan 27 876 orang termasuk pedagang, pelaut dan askar.

Ekspedisi ini bertujuan menonjolkan kekuasaan kerajaan Ming, mendapatkan bantuan mengatasi serangan Mongol dan menjalin hubungan perdagangan dengan negara lain.

Misi pelayaran Cheng Ho pernah sampai ke Jeddah, Hormuz, pantai Somalia dengan membawa barangan seperti tembikar dan sutera dari China sebagai tukaran untuk memperoleh gading gajah dan tanduk badak sumbu daripada pedagang Arab.

TOKOH TOKOH PELAYARAN ARAB


Al- Idrisi (1100 M)


Al-Idrisi  atau nama sebenarnya Abu ‘Abdullah Muhammad ibn Muhammad Hafid Idris al-Haudi al-Hasani, dilahirkan di bandar Cueta dan dibesarkan serta mendapat pendidikan di Cordova. 

Beliau pernah mengelilingi Andalus, mengembara ke timur Afrika, Asia Kecil, dan juga dikatakan pernah melawat Perancis.

Bukunya yang masyhur tentang pelayaran ialah Nazhat Al-Mustak Fi Ikhtirak Al-afak yang diterjemahkan ke bahasa Latin, Inggeris dan Jerman.

Sumbangan utama beliau termasuk merekodkan kedudukan geografi kawasan yang tidak diketahui dan memperkemas rekod pelayaran.

Malahan, beliau turut menyusun sebuah buku geografi yang berjudul The Book Of Roger( kitab Al-Rujari) yang mempunyai pengaruh yang luas di Eropah.

Beliau turut melukis sebuah peta dunia yang diukir di atas kepingan perak.

Ibn-Battutah (sepanjang 1304 M)

Nama sebenar beliau ialah Muhammad ibn Abdullah ibn Muhammad ibn Ibrahim ibn Yusuf al-Lawati al-Tanji. 

Beliau terkenal sebagai seorang ahli geografi Islam yang banyak membuat pelayaran dari Timur Tengah ke India dan seterusnya China. 

Oleh kerana bapa dan datuknya terdiri daripada ulama dan bertugas sebagai kadi, maka Ibn Battutah sejak kecil lagi telah menerima pendidikan agama  di kampungnya manakala  semasa di Tanjah beliau telah menyempurnakan pelajaran syariah Mazhab Maliki.

Beliau telah melalui kawasan-kawasan seperti Tunis, Mesir, Syria, Iraq dan beberapa negeri di utara Semenanjung Tanah Arab dan terus ke Makkah dan Madinah. Dalam perjalanan ini beliau bertemu banyak para ulama dan ilmuan seperti Syeikh Abi al-Abbas ibn Abd al-Zahir dan bersama saudaranya Nasir al-Din, Mujd al-Din dan Wahid al-Din ketika di Akhmum.
Di Qus pula, beliau bertemu Syiekh Shihab al-Din ibn Abd al-Ghaffar, qadi Jamal al-Din ibn al-Sadid dan khatib Fath al-Din ibn Daqiq

Di Baitul Maqdis, beliau menziarahi maqam Nabi Ibrahim (as), Nabi Ishak (as) dan Nabi Yacqub (as). Beliau juga bertemu Imam Khatib Burhan al-Din al-Ja’bari, salah seorang imam yang masyhur.

Gambaran Ibnu Battuta bersama unta untanya.

Walau bagaimanapun, beliau tidak tahan menanggung derita kesunyian akibat berpisah dengan keluarga kerana pada awalnya beliau merancang untuk mengelilingi dunia. 

Kemudian beliau mengikut kafilah haji ke Tripoli dan dari sana beliau terus ke Iskandariah, sebuah daripada pelabuhan penting di Mesir, di mana beliau menyifatkan pelabuhan ini merupakan sebuah pelabuhan yang dilindungi oleh Tuhan, tempat yang cantik serta mempunyai pemandangan yang indah dan benteng-benteng yang teguh, lengkap dengan segala kesenangan dunia dan kepentingan agama.

Dalam pengembaraan pertama, beliau melalui kawasan di Maghribi, mesir, Palestin, Syria, Makkah dan Madinah.

Pengembaraan kedua bermula di Makkah menuju ke selatan Iraq dan seterusnya ke selatan Parsi dan sampai di Baghdad. Dari Baghdad ke Tabriz dan kembali semula ke Baghdad dan seterusnya balik ke Makkah

Pengembaraan ketiga bermula dari Makkah menuju ke Yaman, Oman, Bahrain dan kembali semula ke Makkah. Dari Makkah ke Sudan, Nubia, Mesir Utara, Kaherah dan ke Pantai Turki pada tahun 1333 M. Dari pantai Turki menuju ke pantai Bosphorus dan sampai ke Constantinople.

Peta perjalanan Ibnu Battuta bermula peringkat pertama hingga ketiga

Al-Mas'udi ( 895-957 M)

Nama sebenar al-Mas’udi ialah Abu al-Hassan Ali bin Husayn bin Ali al­Mas’udi atau Abu Hassan ‘Ali bin al-Hasyn bin ‘Abdullah al-Mas’udi.

Menurut buku ber­judul Al-Mas’udi and His World, beliau dilahirkan di Baghdad, Iraq menjelang akhir abad ke-9M.

Al-Mas’udi mendapat pendidikan secara langsung daripada orang tuanya. Setelah dewasa, rancangan pertama beliau ialah beralih kepada bidang sejarah dan cara hidup setiap negeri.

Beliau mempunyai cita-cita yang tinggi. Atas dasar ingin menjalankan penyelidikan, menyebabkan beliau menceburi bidang pelayaran ke seluruh pelusuk dunia.

Kata-kata Ibnu-Masudi yang telah direkod

Kedudukan semenanjung Tanah Arab yang terletak di antara jalan perdagangan yang utama antara timur dan barat juga menyebabkan mereka perlu memiliki kemahiran belayar di lautan.

Rekod terawal menunjukkan al-Mas’udi mula belayar ialah antara tahun 914—915M iaitu semasa menjelajah ke negeri Parsi. Di Parsi, beliau tinggal selama lebih kurang setahun di Istakhar iaitu pada tahun 305H/915M. 

Sepanjang pelayaran, beliau membuat banyak penemuan dan menjalankan pemerhatian terhadap perubahan angin monsun.

Buku Muruj yang dihasilkan sebanyak 30 jilid.

Beliau menyiapkan sebuah buku berjudul Muruj Al-Thahab di Basra serta yang menggambarkan pengalaman penduduk dan iklim negara yang dilawatinya

Buku ini mengandungi catatan mengenai tempat di Semenanjung tanah Melayu seperti Kedah, Pahang dan Melaka.

Buku ini diterbitkan di Kaherah pada 1303 M dan di Paris pada tahun 1861-1877 M.

Selain menyumbang dalam bidang pelayaran, beliau juga seorang sejarawan, ahli geografi dan ahli muzik.

TOKOH TOKOH PELAYARAN EROPAH


Marco Polo (1254-1324 M)

Marco Polo merupakan seorang pengembara dan pedagang yang berasal dari Venice

Ketika berusia 17 tahun, beliau telah mengikut bapanya Niccolo Polo dan bapa saudaranya Maffeo Polo ke China. Dalam pengembaraan ke China, mereka mengembara melalui Parsi ke Hormuz dan seterusnya menuju ke Utara, iaitu ke Kerman, ke Balkh, ke Pamir dcan akhirnya menuju ke kawasan gurun Kashgar.

Mereka turut meneruskan pelajaran ke negara China. dan memakan masa selama 3 tahun.

Semasa di China, Marco Polo berpeluang melihat kemajuan peradaban bangsa negara Cina dari segi penggunaan wang kertas, percetakan blok, asbestos, pembangunan bandar bandar besar dan peleburan arang batu.

Selama hampir beberapa tahun Polo berada di China, Khublai Khan telah melantik beliau sebagai duta ke kawasan-kawasan jauh seperti Shansi, Shensi, Szechuan, Yunan, sempadan Tibet dan utara Burma.

Setelah 20 tahun merantau di China, Marco Polo kembali ke tanah air bersama 600 pengiring dan 14 buah kapal.

Dalam perjalanan pulang, Marco Polo tinggal selama lima bulan di Sumatera dan kemudian di Ceylon, Koromandel, Gujerat, Hormuz dan Parsi.


Peta 1.0: Kawasan persinggahan Marco Polo sepanjang pelayarannya di China

Dari Parsi beliau menuju ke Venice melalui Tabriz, Trebizond dan Constantinople. Sekembalinya dari sana, beliau menulis catatan pengalamannya dalam buku berjudul The Book Of Marco Polo.

Buku ini ditulis ketika beliau berada dalam tahanan di Genoa. Buku ini mengandungi maklumat mengenai keajaiban Timur serta meraptkan lagi hubungan dunia Timur dan Barat.

Malahan, maklumat dalam buku ini juga telah mendorong Christopher Colombus mencari jalan laut ke negara China. Bahkan juga sumbangan Marco Polo turut menarik lebih ramai mubaligh Kristian seperti Friar Orderik dan John dari Monte Corvino untuk berhijrah ke China.

Friday, March 30, 2012


Ferdinand Magellan (1480-1521 M)

Ferdinand Magellan ialah seorang pelaut, ahli geografi dan pengembara yang berasal dari Portugal. Beliau terkenal sebagai orang yang pertama mengelilingi dunia.

Beliau memperoleh kemahiran belayar ketika berkhidmat dengan wizurai portugis di India selama 7 tahun. Beliau turut memiliki kemahiran belayar di Kepulauan Melayu, Laut China Selatan dan pernah mengetuai ekspedisi ke Maluku di Kepulauan Rempah.

Beliau memulakan perjalanan pada September 1519 M dengan lima buah kapal iaitu Trinidad, San Antonio, Conception, Victoria dan Santiago serta disertai 280 anak kapal.

Pelayaran Magellan mengalami pelbagai masalah seperti ancaman bunuh oleh orang luar serta kekurangan bekalan makanan malahan salah satu kapal turut mengalamai kerosakan.

Pada 21 Oktober 1520 M, Magellan berjaya menemui Cape Virgins. Namun begitu, sebuah lagi kapal mengalami kerosakan.

Ferdinand Magellan tetap berkeras meneruskan pelayaran meskipun ditentang anak-anak kapal. Ketika itu mereka menghadapi kekurangan bekalan makanan sehingga terpaksa makan habuk kayu dan tikus.

Setelah menghadapi pelbagai rintangan, mereka telah berjaya tiba di  Kepulauan Aldrone. 10 hari kemudian, mereka berjaya mendarat di Filipina.

Magellan terbunuh dalam satu perkelahian dengan penduduk tempatan ketika menjalankan ekspedisi di sebuah pulau kecil bernama Mactan. Penduduk tempatan turut membunuh beberapa orang pegawai kanan Ferdinand.

Gambaran pembunuhan Magellan dan pegawai kanannya oleh penduduk di Pulau Mactan


Anak-anak kapal bersepakat meneruskan perjalanan ke Maluku dan Borneo Utara dengan dua buah kapal. Di Maluku, kapal ke empat mereka iaitu Trinidad mengalami kerosakan.

Akhirnya pada 1522 M, kapal Victoria di bawah pimpinan Sebastian Del Cano tiba di Sepanyol.

Kapal Victoria yang satu-satunya berjaya mendarat di Sepanyol. 


Kapal Victoria merupakan kapal pertama yang berjaya mengelilingi dunia. Pelayaran mengelilingi dunia tersebut telah memakan masa selama 3 tahun.
Christopher Columbus (sekitar 1451)

Christopher Columbus dilahirkan di Genoa, Itali pada tahun 1451

Beliau belayar dari Itali ke England melalui Selat Gibraltar ketika berusia 19 tahun

Minat beliau untuk belayar ke Timur, khususnya di China timbul apabila membaca buku-buku yang dikarang oleh Marco Polo.

Pada 1484 M, beliau cuba mendapat sokongan daripada Raja Portugal, John II untuk membantu pelayarannya, tetapi gagal.

Raja Sepanyol, Ferdinand dan Isabella menyokong cadangan Columbus dengan syarat hanya jika kwasan penemuannya menjadi milik Sepanyol.

Ferdinand dan Isabella berjanji untuk melantik Columbus sebagai wizurai tanah jajahan dan memberikan 1/10 daripada nilai dagangan dari wilayah jajahan kepadanya.

Pada tahun 1492 M, Columbus menyeberangi Lautan Atlantik dengan tiga buah kapal iaitu Santa Maria, Santa Nina dan Santa Pinta.


Gambaran kapal Santa Maria


Gambaran kapal Santa Nina


Gambaran kapal Santa Pinta


Beliau berjaya mendarat di San Salvador (Bahamas) dan akhirnya menemui Cuba dan Hispaniola.

Sumbangannya dalam pelayaran turut berjaya menemukan 3 negara baru iaitu Dominica, Puerto Rico dan Jamaica. Dalam Pelayaran ketiga beliau juga, beliau turut menemukan Trinidad.

Dalam pelayaran terakhir beliau, beliau telah meneroka pantai Timur America Tengah dari Honduras ke Panama

Peta 1.2: Perjalanan Columbus dan negara-negara  yang berjaya ditemuinya

Tuesday, March 27, 2012


Vasco Da Gama (1469-1524 M)

Vasco Da Gama dilahirkan di Sines, Portugal pada 1469. Beliau merupakan kapten kapal laut Portugis yang pertama membuka jalan perdagangan antara Asia dan Eropah.

Atas permintaan Raja Manuel I dari Portugal, Vasco Da Gama belayar ke Timur pada Julai 1479 M. peyaran tersebut disertai 180 anak kapal dan empat buah kapal seberat 120 tan setiap satu serta memakan masa 30 hari.

Pada awal November, Da Gama tiba di Pulau Cape verda dan belayar mengelilingi Tanjung Pengharapan ke Malindi yang terletak di pantai timur Africa.

Dari Malindi, Vasco Da Gama mendapat bantuan seorang pelaut Arab, Ibn Majid untuk menyeberangi lautan Hindi dan mendarat di Calicut, India pada mei 1498 M.

Beliau turut melawat Ceylon dan kembali ke Lisbon pada 1499 M dengan muatan barang bernilai enam kali ganda daripada perbelanjaan angkatannya.

Kejayaan Vasco Da Gama merintis jalan ke arah penubuhan petempatan dan loji-loji perdagangan Portugis di India.

Penemuan jalan laut ke Timur menandakan bermulanya hubungan berterusan antara Barat dengan Timur. Ini juga merupakan titik permulaan penguasaan jalan laut oleh kuasa kuasa Eropah untuk jangka masa panjang.

Raja Portugal turut mengurniakan tanah, wang dan gelaran Wizurai kepada Vasco Da Gama atas sumbangannnya.