Ibn-Battutah (sepanjang 1304 M)
Nama sebenar beliau ialah Muhammad ibn Abdullah ibn Muhammad ibn Ibrahim ibn Yusuf al-Lawati al-Tanji.
Beliau terkenal sebagai seorang ahli geografi Islam yang banyak membuat pelayaran dari Timur Tengah ke India dan seterusnya China.
Oleh kerana bapa dan datuknya terdiri daripada ulama dan bertugas sebagai kadi, maka Ibn Battutah sejak kecil lagi telah menerima pendidikan agama di kampungnya manakala semasa di Tanjah beliau telah menyempurnakan pelajaran syariah Mazhab Maliki.
Beliau telah melalui kawasan-kawasan seperti Tunis, Mesir, Syria, Iraq dan beberapa negeri di utara Semenanjung Tanah Arab dan terus ke Makkah dan Madinah. Dalam perjalanan ini beliau bertemu banyak para ulama dan ilmuan seperti Syeikh Abi al-Abbas ibn Abd al-Zahir dan bersama saudaranya Nasir al-Din, Mujd al-Din dan Wahid al-Din ketika di Akhmum.
Di Qus pula, beliau bertemu Syiekh Shihab al-Din ibn Abd al-Ghaffar, qadi Jamal al-Din ibn al-Sadid dan khatib Fath al-Din ibn Daqiq
Di Baitul Maqdis, beliau menziarahi maqam Nabi Ibrahim (as), Nabi Ishak (as) dan Nabi Yacqub (as). Beliau juga bertemu Imam Khatib Burhan al-Din al-Ja’bari, salah seorang imam yang masyhur.
Gambaran Ibnu Battuta bersama unta untanya.
Walau bagaimanapun, beliau tidak tahan menanggung derita kesunyian akibat berpisah dengan keluarga kerana pada awalnya beliau merancang untuk mengelilingi dunia.
Kemudian beliau mengikut kafilah haji ke Tripoli dan dari sana beliau terus ke Iskandariah, sebuah daripada pelabuhan penting di Mesir, di mana beliau menyifatkan pelabuhan ini merupakan sebuah pelabuhan yang dilindungi oleh Tuhan, tempat yang cantik serta mempunyai pemandangan yang indah dan benteng-benteng yang teguh, lengkap dengan segala kesenangan dunia dan kepentingan agama.
Dalam pengembaraan pertama, beliau melalui kawasan di Maghribi, mesir, Palestin, Syria, Makkah dan Madinah.
Pengembaraan kedua bermula di Makkah menuju ke selatan Iraq dan seterusnya ke selatan Parsi dan sampai di Baghdad. Dari Baghdad ke Tabriz dan kembali semula ke Baghdad dan seterusnya balik ke Makkah
Pengembaraan ketiga bermula dari Makkah menuju ke Yaman, Oman, Bahrain dan kembali semula ke Makkah. Dari Makkah ke Sudan, Nubia, Mesir Utara, Kaherah dan ke Pantai Turki pada tahun 1333 M. Dari pantai Turki menuju ke pantai Bosphorus dan sampai ke Constantinople.
Peta perjalanan Ibnu Battuta bermula peringkat pertama hingga ketiga