Kemajuan dalam bidang perubatan
Melalui aktiviti pelayaran dan penjelajahan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh terulung ketika era tamadun-tamadun awal dunia, sistem perubatan kini menjadi lebih maju dengan penemuan ubat-ubatan terutamanya dadah.
Sebagai contoh, Ibn al-Baytar yang berasal dan Andalus telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan galian. Karyanya yang berjudul Kitab al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah merupakan sebuah buku yang paling perpengaruh dalam bidang farmakologi.
Kesan daripada penemuan-penemuan ini, bidang perubatan menjadi lebih maju dengan penggunan ubatan-ubatan yang mampu menyembuhkan penyakit kronik.
Kemajuan dalam bidang astronomi
Dalam bidang astronomi pula, Ibn al-Zarqiyali yang mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari.
Dengan penciptaan kompas, ia dapat memudahkan generasi kini menentukan kedudukan geografi dan lokasi seperti dalam bidang pengangkutan udara dan laut. Sebagai contoh kompas digunakan oleh juruterbang dalam menentukan arah perjalanan ke sesebuah destinasi.
Pada masa kini kompas turut digunakan oleh para nelayan bagi mengesan kedudukan ikan-ikan di laut yang dapat membantu mereka memperoleh hasil tangkapan yang lebih lumayan sekaligus memajukan ekonomi sesebuah negara.
No comments:
Post a Comment