Sunday, April 1, 2012

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Salam sejahtera mulanya kata,
Kami persembah pembuka bicara.

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pembaca yang dirahmati sekalian. Terima kasih atas kesudian anda melawat blog kami ini. Penghasilan blog ini adalah bagi memenuhi kelengkapan kursus bagi subjek EUW 233, Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang diambil sem ini. 

Kami memilih tajuk Tokoh Tokoh Pelayaran kerana mendapati tajuk ini begitu menarik dan mudah. Ahli kumpulan kami terdiri daripada:


Mubarokah Binti Ismail 101240638


Azizi Mohd Zain 101240117


Kashvin Kaur d/o Avtar Singh 101240038


Teruskan melawat kami, semoga kita bermanfaat daripada penghasilan blog ini. Terima Kasih pembaca sekalian!

PENDAHULUAN

  • Sifat ingin tahu adalah salah satu daya penggerak yang terbesar dalam kehidupan manusia. 
  • Ketika zaman itu, sifat ingin tahu tentang dunia sekeliling telah mendorong manusia untuk menjelajah. Bentuk penjelajahan telah berubah mengikut peredaran masa.
  • Pedagang mengembara ke tempat baru untuk mencari pelanggan baru bagi barang-barang mereka dan untuk mencari bahan dagangan baru untuk dijual di tempat sendiri. Empayar yang luas dan berkuasa pada zaman tamadun awal dibina menerusi perdagangan dan penaklukan. 
  • Apabila pembelajaran dan pengetahuan mula disanjung dalam tamadun purba Mesopotamia, China, Mesir dan Yunani, suatu penjelajahan baru pun wujud iaitu mencari pengetahuan semata-mata untuk pengetahuan.
  • Pengembara akan mengembara untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan yang menarik minat mereka.  Hanya melalui pengembaraan sahajalah dapat menjawab soalan-soalan tersebut. 
  • Dengan itu dapatlah dikonklusikan bahawa penjelajahan, penerokaan dan pelayaran ialah pergi ke satu-satu tempat untuk tujuan-tujuan tertentu seperti ekonomi, peningkatan ilmu, penyebaran agama dan memenuhi kehendak ingin tahu tempat-tempat baru, dilakukan sama ada melalui jalan darat atau laut dengan merempuh berbagai kesukaran . 
  • Terdapat beberapa orang tokoh pelayaran yang masyhur seperti Christopher Columbus, Ferdinand Magellan, Vasco da Gama, Marco Polo, Cheng Ho dan I Ching.